PEMBUDAYAAN CAR-FREE DAY
POLITEKNIK MUKAH

Alhamdulillah, program Car-Free Day anjuran SmartGreen PolyCC Politeknik Mukah telah dilaksanakan pada 3 Februari 2026 sebagai salah satu inisiatif berterusan dalam membudayakan amalan kampus lestari.

Sepanjang tempoh program, penggunaan kenderaan bermotor di dalam kawasan kampus telah dikurangkan, manakala warga PMU digalakkan untuk berjalan kaki, berbasikal, menggunakan skuter elektrik, papan luncur dan lain-lain pengangkutan mesra alam.

Usaha ini bukan sahaja membantu mengurangkan pelepasan karbon, malah menyumbang kepada gaya hidup sihat, persekitaran kampus yang lebih selamat, tenang dan hijau, serta menyokong aspirasi Politeknik Lestari selari dengan UI GreenMetric World University Rankings.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PMU atas kerjasama dan sokongan padu sepanjang program berlangsung.

Bersama kita kurangkan karbon, demi masa depan yang lebih lestari.

 

Galeri: